fb fb fb fb fb

Tragedi "Water Rafting": Kepala air, hujan punca bot terbalik

FOTO RTM

KAMPAR, 16 November- Kejadian bot 'rafting' terbalik di Sungai Jahang, Gopeng sehingga mengorbankan tiga mangsa, berlaku akibat kepala air yang terjadi selepas hujan.

Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat ketika mengesahkan perkara itu berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 5.50 petang semalam.

"Hasil siasatan mendapati bot yang dinaiki tujuh peserta itu, terbalik semasa menjalankan aktiviti 'water rafting' menyebabkan kesemua mangsa hanyut.

"Bagaimanapun, empat peserta berjaya diselamatkan, namun tiga peserta terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita gagal diselamatkan", katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang lemas dikenal pasti sebagai Suhaili Mat Saad, 47 tahun dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37 tahun dari Langkawi dan Muhammad Ikram Abdul Bari, 29 tahun dari Jitra, Kedah.

Mereka merupakan antara 22 peserta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah dan Langkawi yang menyertai program 'Team Building'.

Mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan segala aktiviti sukan air di kawasan sekitar dihentikan buat sementara waktu.

Trainee