fb fb fb fb fb

Lelaki maut, tersepit dalam kemalangan di MRR2

(Foto FB Korporat JBPM)

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Seorang lelaki meninggal dunia selepas terbabit kemalangan melibatkan dua kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), ibu negara, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 berhubung nahas berhampiran sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan pada pukul 7.30 pagi.

Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Ford Everest dan Nissan Almera.

Selain itu, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 46 tahun iaitu pemandu Nissan Almera telah tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik ambulans Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

(Foto FB Korporat JBPM)

Media Baharu