fb fb fb fb fb

Lelaki tempatan ditahan edar rokok seludup

MUAR, 17 April- Seorang lelaki ditahan kerana disyaki bergiat aktif mengedar rokok seludup sejak setahun lalu.

Suspek warga tempatan berusia 54 tahun itu diberkas di sebuah rumah sewa di Naib Kadir, Bukit Pasir, di sini pada 14 April lepas.

Ketua Polis Daerah, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek menyewa rumah itu untuk dijadikan stor penyimpanan rokok sebelum diedar untuk pasaran tempatan.

"Hasil serbuan, polis merampas 395 karton atau 57,000 batang rokok kretek dan 5,553 karton atau 1.07 juta batang rokok putih.

Nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai bernilai lebih RM1.2 juta ringgit," katanya di sini.

(ACP Raiz Mukhliz menunjukkan rokok seludup yang dirampas pada 14 April lalu)

Tambah beliau, serbuan dibuat hasil risikan polis dan Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam sejak sebulan lalu.

Suspek direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Media Baharu