fb fb fb fb fb

Lelaki jatuh perahu di Mukah ditemukan lemas

FOTO APM DALAT

MUKAH, 4 Januari - Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada perahu di muara Batang Oya, Mukah semalam, ditemukan maut, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat Awang Ismail Awang Rosidi, 28 tahun, ditemukan orang awam kira-kira pukul 8.50 pagi pada jarak lebih kurang 800 meter dari persisiran pantai.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Hospital Mukah bagi tujuan bedah siasat.

"Operasi mencari dan menyelamat melibatkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dengan bantuan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebuah kenderaan Hilux dan sebuah bot itu ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.40 pagi.

"Turut terlibat dalam operasi itu ialah tiga anggota PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) lima anggota dengan sebuah bot dan 30 penduduk kampung menggunakan 10 bot," menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM