(Lelaki Britain memanjat Menara Dunia Lotte setinggi 123 tingkat/Reuters)
SEOUL, 13 Jun- Hasrat seorang lelaki warga Britain untuk menawan bangunan keenam tertinggi di dunia di sini tidak kecapaian apabila dia diarahkan turun oleh pihak berkuasa Korea Selatan, walaupun sudah melakukan separuh pendakian.
Balai Bomba Songpa mengeluarkan rakaman kejadian pada Isnin yang memaparkan lelaki tersebut memanjat Menara Dunia Lotte setinggi 123 tingkat tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan termasuk tali.
Lelaki berusia 24 tahun itu dilaporkan hanya memakai seluar pendek sambil mendaki bangunan berkenaan selama lebih sejam ketika anggota polis dan bomba berkumpul di bawah.
Setibanya di tingkat 73, pihak berkuasa memaksanya masuk ke dalam jentera penyelenggaraan dan memasuki bangunan itu, kemudian ditahan oleh polis untuk disoal siasat.
Bagaimanapun polis enggan memberikan sebarang kenyataan.
Akhbar Chosun Ilbo mengenal pasti lelaki itu sebagai George King-Thompson.
Media British melaporkan dia pernah dipenjarakan kerana memanjat bangunan Shard di London pada 2019. -Reuters
(Akhbar Chosun Ilbo mengenal pasti lelaki itu sebagai George King-Thompson
yang pernah dipenjara/Reuters)