fb fb fb fb fb

Lebih RM1 juta nilai rampasan dalam Operasi Besepadu Pencegahan Jenayah dan Penyeludupan

Datuk Muhammad Abdul Halim

PADANG BESAR, 3 Januari- Operasi Besepadu Pencegahan Jenayah dan Penyeludupan yang dijalankan selama dua minggu di sekitar Padang Besar, Perlis menahan kira-kira 22 individu.

Daripada jumlah itu, 17 daripadanya adalah lelaki dan lima wanita serta tiga individu yang tersenarai dalam individu dikehendaki polis berkaitan kes dadah.

Operasi yang dijalankan sejak 16 hingga 29 Disember 2023 itu menumpukan jenayah rentas sempadan, seperti penyeludupan minyak petrol dan diesel, minyak masak bersubsidi dan migran.

Ketua Polis Perlis Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, individu yang ditahan merupakan 11 lelaki dan lima wanita warganegara Thailand serta lapan individu lagi, warga tempatan berusia 15 hingga 74 tahun.

"Nilai rampasan yang telah kita dapat adalah berjumlah RM1.075 juta yang meliputi 12 buah moto pickup, dua buah motokar 1,400 liter minyak petrol, 981 liter minyak diesel, peralatan peralantan untuk pemindahan minyak dan juga  sebanyak 69 kilogram minyak masak bersubsidi," katanya dalam satu siding media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar di sini.

Kesemua individu berkenaan ditahan bawah pelbagai seksyen mengikut kesalahan masing masing.

Melalui operasi berkenaan turut melibatkan pemeriksaan 1,564 buah kenderaan, 2,369 individu manakala 95 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI