fb fb fb fb fb

Siaran Paris 2024 dan SUKMA Sarawak raih 72 juta tontonan di RTMKlik

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman / FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Pelbagai pembaharuan signifikan ditampilkan RTM pada dua temasya terbesar dunia; Olimpik Paris 2024 dan Paralimpik Paris 2024 selain Sukan Malaysia Sarawak 2024.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, siaran kali ini mendapat tontonan melebihi 72 juta hanya di RTMKlik.

"Pasukan sukan kita telah buat satu produksi yang sangat hebat sebab kalau kita tengok angka kita di RTM Klik, sahaja ada 72 juta orang menonton laporan-laporan Olimpik kita kemudian SUKMA.

"C
ara kita melaporakan juga sudah banyak berubah bagaimana kita masukkan elemen-elemen yang mencuit hati, bahan yang dibuat olah rakan-rakan MDI.

"Jadi itu adalah satu perubahan yang sangat baik di RTM dan yang paling penting sekali mereka bekerja sebagai satu pasukan,"katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis apresiasi petugas-petugas sukan Olimpik, Paralimpik dan SUKMA di Wisma Radio, Angkasapuri.

Pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada petugas Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang menjayakan siarannya dalam dua bahasa.

Produksi siaran langsung tersebut berjaya dilaksanakan dengan penglibatan 230 kakitangan.

Hampir 600 ratus warga RTM dirai hari ini, sebagai penghargaan atas komitmen menjayakan program terbabit.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE