fb fb fb fb fb

Lebih 70 peratus calon SPM 2023 ditawar sambung pengajian

Foto fail

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Seramai 159,027 atau 74.2 peratus calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ditawarkan tempat di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah telah menerima 214,173 permohonan yang layak bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline.

"Daripada 159,027 calon seramai 83,667 ditawarkan tempat di Universiti awam, 43,531 calon ditawarkan di Politeknik, 26,474 Kolej Komuniti dan 5,355 ILKA.

"Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 16,593 dengan pecahan tawaran iaitu 15,082 bagi Kategori B40, 425 orang kurang upaya (OKU), 732 atlet dan 354 orang asli," katanya menerusi kenyataan itu.

Sementara itu, 31 calon lepasan institusi bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga turut menerima tawaran.

Secara keseluruhannya, sebanyak 504 program pengajian telah ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 104 sijil, 53 asasi, 346 diploma dan satu ijazah sarjana muda.

Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Pada masa sama kementerian telah membuka saluran peluang kedua kepada calon yang tidak menerima tawaran tempat pengajian melalui proses rayuan di UPUOnline.

Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 10 hari bermula daripada 28 Jun pukul 12.00 tengah hari hingga 7Julai pukul 5.00 petang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI