fb fb fb fb fb

Lebih 5,100 penduduk terjejas banjir di Kelantan

Penduduk terjejas banjir berada di PPS di Kelantan

PASIR MAS, 18 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan menunjukkan pengurangan.

Menurut infobencana Jabatan Kenajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 11.00 malam, 5,164 individu daripada 1,621 keluarga berada di 15 PPS di Pasir Mas berbanding 5,401 individu petang tadi. 

Jumlah penduduk terjejas banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2 kekal mendahului PPS lain dengan 1,192 individu. 

Manakala satu PPS di SK Kok Pauh telah ditutup. Sebelum ini PPS itu menempatkan sebelas penduduk terjejas banjir.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI