Lebih 4,000 sertai Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Sekampung

Lebih 4,000 warga pendidik dan murid menyertai Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Sekampung anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tipus. Foto RTM

JELEBU, 14 Mac – Lebih 4,000 warga pendidik dan murid dihimpunkan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Sekampung anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tipus di sini pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis khatam Al-Quran dianjurkan serentak di seluruh negeri, menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.
  • Penganjuran secara hibrid membuka peluang lebih banyak sekolah dan murid menyertai tanpa perlu bergerak dari daerah masing-masing.
  • Penggunaan aplikasi Google Meet julung kali memudahkan penyertaan secara dalam talian.
  • Pengumuman cuti tambahan oleh KPM dilihat sebagai langkah prihatin menjelang sambutan Aidilfitri.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar, majlis khatam Al-Quran dianjurkan secara serentak di seluruh negeri.

Penganjuran secara hibrid itu juga membuka peluang kepada lebih banyak sekolah dan murid untuk turut serta tanpa perlu bergerak dari daerah masing-masing.

“Penganjuran majlis khatam Al-Quran menggunakan aplikasi Google Meet merupakan julung kali diadakan dan menerima penglibatan memberangsangkan iaitu seramai 4,019 orang.”

“Jabatan Pendidikan Negeri amat menggalakkan penganjuran program secara hibrid yang melibatkan banyak sekolah di semua daerah dan mereka yang terlibat akan menerima sijil di peringkat negeri,” ujar Khalidah ketika ditemui media pada Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Sekampung di Sk Durian Tipus, Jelebu.

Program tersebut melibatkan penyertaan murid dari pelbagai daerah secara bersemuka mahupun dalam talian.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyifatkan pengumuman cuti tambahan sekolah yang dimumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai langkah prihatin terhadap warga sekolah dan masyarakat menjelang sambutan Aidilfitri.