SUNGAI PETANI, 16 September – Lebih 400 ahli kariah Masjid Al Majidi (Masjid Kuning) di Sungai Layar Hujung menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul
Perarakan sejauh tiga kilometer turut disertai lapan kontinjen.
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, yang turut serta, memuji perarakan itu sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta sokongan kuat dari masyarakat setempat.
Guru KAFA Masjid Kuning Ustazah Zaleha Said dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1446H/2024 atas sumbangannya kepada masjid, manakala Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Muda muncul sebagai johan perarakan Maulidur Rasul 2024.