fb fb fb fb fb

Lebih 3 juta suri rumah bakal terima manfaat SKSSR

KUALA LUMPUR, 11 Februari- Lebih 3 juta suri rumah bakal menerima manfaat menerusi pengenalan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSAR) yang dilancarkan hari ini.

Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar berkata, skim itu akan menyediakan Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan kepada suri rumah yang mencarum.

"Dengan hanya RM120 jumlah caruman untuk tempoh 12 bulan yang dibayar secara ‘in advance’, suri rumah akan dilindungi SKSSR yang menyediakan pelbagai faedah seperti Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Perubatan dan Pemulihan, Elaun Keuzuran, Bantuan Dialisis, Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran skim tersebut yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

(Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar)

Semua suri rumah yang berusia bawah 55 tahun, yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau separuh masa, yang berkahwin atau bujang, layak menyertai skim tersebut.

Sejak dilaksanakan pada 1 Disember sehingga 31 Januari lalu, seramai 141,144 suri rumah telah mencarum di bawah SKSSR.

Media Baharu