KUALA LUMPUR, 11 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi perasmian Karnival Kerjaya MYFuturejobs 2023 dan pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
Beliau tiba pada pukul 10.30 pagi bersama Menteri Sumber Manusia, YB V.Sivakumar dan barisan pengurusan Perkeso.
Karnival berkenaan yang menawarkan 13,000 peluang pekerjaan bermula hari ini hingga esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke KLCC bagi perasmian Karnival Kerjaya
MYFuturejobs 2023 dan SKSSR
Berita berkaitan:
Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 bermula hari ini
Lebih 140 syarikat terlibat dalam karnival yang menawarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai.