fb fb fb fb fb

Lebih 2,000 permohonan jururawat kontrak serap ke jawatan tetap

(Sebahagian daripada jururawat yang menghadiri majlis Pelancaran Hari Jururawat
Antarabangsa 2023 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam)

SHAH ALAM, 12 Mei- Lebih 2,000 permohonan jururawat lantikan kontrak dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diserap ke jawatan tetap tahun ini.

Menurut Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni, kesemua permohonan berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi kelulusan lanjut.

Namun katanya, jumlah permohonan yang akan diterima ke jawatan tetap bergantung sepenuhnya kepada ketetapan JPA.

"Ketika ini kita ada lingkungan hampir 2,000 ke 3,000 permohonan yang kita ajukan, walaupun demikian jawapan daripada JPA sedang dalam perbincangan kerana kita bukan hanya setakat fokus kepada kejururawatan.

"Jumlah yang kita pohon adalah untuk hampir kesemua skim yang berada didalam sistem KKM,"katanya.

Beliau berkata berkata demikian pada sidang media Pelancaran Hari Jururawat Antarabangsa 2023 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam.

Tambah beliau, KKM mempunyai keperluan bagi menambah jumlah jururawat sedia ada yang sehingga kini mencecah 165,000 orang, mengambil kira faktor pembinaan fasiliti kesihatan baharu antaranya hospital dan klinik kesihatan termasuk di kawasan pedalaman.


(Lukanisman Awang Sauni pada Majlis  Pelancaran Hari Jururawat
Antarabangsa 2023 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam)

Media Baharu