fb fb fb fb fb

Lebih 16,000 Orang Asli sertai solidariti kutuk penindasan Zionis terhadap Palestin

FOTO RTM

GUA MUSANG, 3 November -Lebih 16,000 masyarakat Orang Asli di Kelantan mengutuk serangan berterusan Israel dan berharap agar kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin akibat serangan itu dapat dihentikan.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, rakyat di negara ini berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus bersolidariti agar rakyat Palestin mendapatkan kembali tanahair mereka

Menurut Bidi, meski pun, Orang Asli tinggal di kawasan pedalaman namun mereka tetap mengambil tahu peristiwa yang berlaku di seluruh dunia termasuklah peperangan yang berlaku di Palestin.

"Kami masyarakat Orang Asli amat tidak suka kepada pembunuhan, kekejaman seperti mana kita lihat berlaku di bumi Palestin.

"Kita menyeru kepada dunia supaya menghentikan peperangan dan bebaskan bumi Palestin daripada kekejaman. Itu seruan, dan bantahan kami kepada kekejamanyang berlaku di bumi Palestin.

Dalam pada itu, Penghulu Kampung Merlong, Ibrahim Marijah merayu kepada para pemimpin dunia untuk membuka mata kepada keganasan yang berlaku di Palestin dan mempercepatkanproses perdamaian di negara berkenaan.

"Saya mengambil kesempatan merayu kepada para pemimpin seluruh dunia agar merealisasikan proses damai bagi kebaikan semua, terutama kepada rakyat Palestin", kata Ibrahim.

Lebih RM30,000 sumbangan dana berjaya dikutip untuk Himpunan Solidariti dari Galas ke Gaza di Dataran Kesedar di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD