
KUALA PILAH, 25 Julai – Seramai 144,894 pekebun kecil di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah diluluskan dan menerima bantuan subsidi BUDI Agri-Komoditi setakat ini.
- BUDI Agri-Komoditi dilaksanakan melibatkan KPK dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
- KPK mencatat jumlah pekebun kecil paling ramai diluluskan permohonan subsidi oleh kerajaan.
- Masih ada pekebun kecil layak yang belum mengemukakan permohonan diminta segera berbuat demikian.
- Pengumuman dibuat oleh Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad semasa Program Salam Agri-Komoditi di Kuala Pilah.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata rekod itu menjadikan kementerian berkenaan mencatatkan jumlah pekebun kecil yang paling ramai telah diluluskan permohonan.
“Untuk makluman, BUDI Agri-Komoditi melibatkan KPK serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Di KPK mencatatkan jumlah pekebun kecil yang paling ramai telah diluluskan oleh pihak kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, masih ada segelintir pekebun kecil yang layak memohon inisiatif tersebut belum mengemukakan permohonan dan diminta segera berbuat demikian.
Datuk Seri Dr. Noraini menyatakannya ketika berucap pada Program Salam Agri-Komoditi di sini, hari ini.