KUCHING, 3 Januari – Seramai 1,343 penduduk terjejas banjir di Sarawak masih berlindung di 11 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 7.00 pagi tadi.
- JPBN Sarawak melaporkan dua PPS mencatat peningkatan jumlah mangsa banjir.
- PPS Masjid Darul Istiqlal di Kuching menempatkan penduduk terjejas dari Kampung Sungai Maong.
- Jumlah di Masjid Darul Istiqlal meningkat kepada 133 penduduk melibatkan 37 ketua isi rumah.
- PPS SJK Cina Chung Hwa di Lawas merekodkan 103 penduduk terjejas daripada 27 keluarga.
- Keadaan menunjukkan peralihan mangsa ke pusat pemindahan sementara di beberapa kawasan.
Angka berkenaan meningkat berbanding 1,320 penduduk terjejas, malam tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dua PPS negeri itu mencatatkan peningkatan jumlah penduduk terjejas banjir; melibatkan PPS Masjid Darul Istiqlal di Kuching dan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Chung Hwa di Lawas.
“Di Kuching, PPS Masjid Darul Istiqlal yang menempatkan penduduk terjejas banjir dari Kampung Sungai Maong merekodkan peningkatan kepada 133 penduduk, melibatkan 37 Ketua Isi Rumah.
“Sementara, PPS SJK Cina Chung Hwa di Lawas mencatatkan 103 penduduk terjejas banjir daripada 27 keluarga,” menurut kenyataan itu.