fb fb fb fb fb

Lebih 11.8 juta individu dewasa terima suntikan dos penggalak

KUALA LUMPUR, 31 Januari - Lebih 11.8 juta individu dewasa atau 50.8 peratus telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, seramai 22.9 juta individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2.7 juta atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Semalam, sebanyak 77 ribu 493 dos penggalak telah diberikan. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63.4 juta dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), lapan kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua dicatatkan di Johor, tiga di Perak, dan masing-masing satu kematian di Melaka, Pahang dan Terengganu.

Media Baharu