fb fb fb fb fb

Lebih 100 rumah di Kampung Forest roboh

SANDAKAN, 25 Disember- Lebih 100 rumah atas air roboh manakala sekurang-kurangnya 500 rumah terancam akibat hujan berterusan dan fenomena air pasang tengah malam tadi di Kampung Forest, di sini.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2.

Jumlah mangsa dijangka meningkat memandangkan proses pendaftaran masih dijalankan pagi ini.

Sementara di Kampung Tinusa 2, sebanyak lima jambatan roboh dan dianggarkan 20 rumah terancam.

Seorang penduduk mengangkat sisa kayu rumahnya yang masih boleh digunakan semula
selepas rumahnya roboh dipukul ombak akibat air laut pasang besar di kawasan setinggan
di Kampung Forest hari ini / FOTO BERNAMA

Ombak dilaporkan mencecah 2.8 meter sejak pukul 11.00 malam tadi dan mengancam kira-kira 20 rumah di kampung itu.

Media Baharu