fb fb fb fb fb

Lebih 10,000 sertai Larian Wira 2025

Foto RTM

PUTRAJAYA, 1 Jun- Lebih 10,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri Dataran Wawasan, Putrajaya, malam tadi bagi menyertai Larian Wira 2025-Night Run, anjuran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, acara bertemakan "Demi Wira Kami"; bertujuan menghargai jasa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"Penganjuran ini dapat menyemai gaya hidup sihat. Pada masa sama, melalui majlis seperti ini, lembaga tabung dapat memberi peluang kepada ATM untuk terlibat dalam aktiviti promosi.

"Kita dapat lihat di belakang sana terdapat pameran oleh setiap cabang perkhidmatan, yang bertujuan memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat ATM dan setiap perkhidmatan yang terlibat," katanya kepada pemberita di sini.

Larian berkenaan menawarkan tiga kategori iaitu 5 kilometer (km) (Fun Run), 10 km dan 21.1 km (Half Marathon) dengan segmen Fun Run turut disertai oleh 22 kanak-kanak istimewa daripada 'Incredible Warrior Club'.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM