fb fb fb fb fb

Latihan kemahiran, bantu gelandangan bina kehidupan baharu - Zaliha

Ia akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan, sekali gus dapat menjana pendapatan.

SEGAMAT, 3 Mac- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama-sama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyediakan latihan kemahiran secara berterusan terhadap golongan gelandangan di Kuala Lumpur bagi membantu mereka membina kehidupan baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata latihan diberikan itu melibatkan kemahiran memasak, menggunting rambut dan kraf tangan.

Ia akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan, sekali gus dapat menjana pendapatan.

Terdapat golongan gelandangan yang mengikuti latihan kemahiran itu ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan, Anjung Singgah sebagai pusat perlindungan sementara.

"Jadi gelandangan pula saya lihat memang tidak mudah untuk kita mensifarkan gelandangan tetapi kita akan ambil pendekatan yang lebih inklusif dan pendekatan yang lebih mengurangkan jumlah gelandangan ini dengan contohnya melibatkan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang di mana saya yakin macam kita dapat tahu NGO ini sebenarnya mereka adalah orang kumpulan-kumpulan yang pemurah untuk membantu golongan gelandangan," katanya selepas menyampaikan peruntukan sumbangan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parlimen Sekijang di Dewan Pejabat Daerah Segamat di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM