fb fb fb fb fb

KDN garis tiga perkara untuk lonjak ke Tahap 1

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Jun- Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang ke Tahap 1, termasuk menambah baik sektor perundangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga perkara digariskan ke arah itu, selain pihaknya akan turut melihat kepada pembinaan keupayaan dan kerjasama antara agensi.

"Sudah tentu kami di Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik kemajuan yang dicapai. Tetapi kami anggap ini sebagai belum selesai.

"KDN sangat komited untik berusaha ke arah meningkatkan kedudukan kita ke Tahap 1... dan ke arah itu, kita clear step 1,2,3 yang kita ambil," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini.

Malaysia menyambut baik peningkatan itu berikutan tahun lepas hanya menduduki senarai pemerhatian (watchlist).

Kedudukan Tahap 2 itu diumumkan semalam menerusi Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang 2024.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI