fb fb fb fb fb

Lapan rumah terbakar, 25 pekerja asing tinggal sehelai sepinggang di Miri

Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di Jalan Desa Senadin/Foto Bomba

MIRI, 18 Ogos - Sebuah blok rumah pekerja lapan pintu musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Carlton Villa, Jalan Desa Senadin di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.55 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Api berjaya dikawal pada 3.21 petang dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 4.44 petang tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebakaran itu menyebabkan 25 pekerja warga asing yang mendiami rumah berkenaan hilang tempat tinggal,” menurut kenyataan itu hari ini.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN