fb fb fb fb fb

Langkawi Port akan dipertingkatkan menerusi MoU bersama celcomdigi

LANGKAWI, 11 Februari - Usaha mempertingkatkan lagi keselamatan pengurusan dan pelabuhan di Langkawi Port diterjemahkan menerusi memorandum persefahaman MoU bersama Celcomdigi.

Pengerusi Langkawi Port Sdn Bhd, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, kerjasama itu membolehkan pihaknya menjalankan analisis kenderaan di pintu masuk pelabuhan serta kawasan terminal.

 
(Pengerusi Langkawi Port Sdn Bhd, Nasaruddin Abdul Muttalib sewaktu sidang media bersama celcomdigi di sini)

Selain itu, ia turut menyediakan kawalan sempadan digital pintar dengan paparan landskap pengawasan umum melalui penggunaan geo-pagar dan kamera PTZ.

"Tujuan kerjasama ini adalah untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengurusan pelabuhan di Langkawi Port atau Dermaga Tanjung Lembung dan juga meningkatkan ciri-ciri kawalan keselamatan di Langkawi Port," katanya.

Kedua-dua syarikat tersebut turut meneroka peluang dalam pelbagai isu penyelesaian digital IoT sepert penyelesaian keselamatan siber dan pengurusan pelawat.

Langkawi Port menawarkan penyelesaian skop penuh untuk kargo serta kaedah penghantaran kenderaan ke Kuala Perlis sebelum diperluaskan ke Kuala Kedah pada Mei depan.

Media Baharu