fb fb fb fb fb

Laluan Lebuhraya KL-Karak selamat digunakan

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur– Karak (KL-Karak) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) Anih Berhad mengesahkan laluan utama di Kilometer 68 arah Kuala Lumpur Lebuhraya KL-Karak masih selamat untuk digunakan.

Ini susulan beberapa kawasan di Janda Baik, Bentong dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.

(Kenyataan media yang dikeluarkan ANIH Berhad)

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi dalam satu kenyatan berkata laluan berkenan disahkan selamat meskipun beberapa kawasan berhampiran dinaiki air. 

Beliau berkata, sungguh pun hujan mula reda pihak ANIH Berhad terus membuat pemantauan paras air Sungai Bentong sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

ANIH Berhad juga menasihati pengguna Lebuhraya KL-Karak agar memandu dengan berhati-hati dan merancang perjalanan sekiranya keadaan hujan masih berterusan.

Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)/ANIH Berhad atau hubungi talian hotline LLM 1800-88-7752 dan LPT -Line di 1-700-818-700.

Media Baharu