fb fb fb fb fb

KWSP lancar i-Lindung, permudahkan pembelian produk insurans, takaful

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli.

Platform ini memudahkan pembelian produk insurans dan takaful merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium berpatutan daripada Akaun 2.

Tawaran perlindungan kepada ahli KWSP berkuat kuasa serta-merta.

Pembelian produk insurans dan takaful yang diluluskan boleh dibuat menerusi platform i-Lindung di portal i-Akaun Ahli KWSP.

Pendaftaran ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meningkat sebanyak 57% kepada 146,000 orang pada suku pertama 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Buat masa ini, walaupun ada pelbagai inisatif perlindungan sosial yang diperkenal dan sesetengahnya mendapat pembiayaan kerajaan, namun rata-rata kesedaran mengenai pentingnya perlindungan sosial dan persiapan untuk hari tua masih terlalu rendah dalam kalangan sejumlah besar rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung KWSP di sini, hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, salah satu aspek terpenting adalah berkaitan pengukuhan perlindungan sosial dan tanggung jawab tersebut telah diberikan kepada KWSP apabila kerajaan mula melaksanakan Program Transformasi GLC.

(Majlis Pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung KWSP)

Ahli berusia di bawah 55 tahun yang mempunyai baki mencukupi dalam Akaun 2, warganegara Malaysia dan pengguna i-Akaun, layak membeli produk dibawah i-Lindung.

i-Lindung turut ditawarkan kepada ahli berumur 55 tahun ke atas dengan syarat mereka berada dalam lingkungan umur kelayakan produk berkaitan dan mengekalkan jumlah minimum RM100 dalam Akaun 55 atau Akaun Emas.

Maklumat lanjut, rujuk saluran komunikasi rasmi KWSP melalui laman sesawang atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP.

Media Baharu