fb fb fb fb fb

Kereta terbabas, dua remaja maut di tempat kejadian

ISKANDAR PUTERI, 12 Julai- Dua remaja maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta yang terbabas di Jalan Skudai-Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor Bahru, tengah malam tadi.

Mangsa dikenalpasti sebagai Lee Kah Lok, 19 tahun dan Ng Kui Ying, 15 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan 2 Ishak Noh dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Salah seorang mangsa ditemui tersepit di bawah kereta sementara seorang lagi tercampak keluar.

Pasukan Keluaran Operasi bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan ‘air lifting bag’.

Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

 


(Kereta yang dipandu remaja terbabit terbabas di Jalan Skudai-Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor Bahru, tengah malam tadi)

Media Baharu