fb fb fb fb fb

KUSKOP tumpu perkasa golongan usahawan

SHAH ALAM, 16 Julai- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menumpukan perbelanjaan ke arah memperkasa golongan usahawan.

Jelas Menterinya, Tan Sri Noh Omar, meski perlu mengenepikan perbelanjaan lain, usaha itu perlu diberi fokus khusus dan berterusan.

Ini memandangkan majoriti golongan tersebut masih terjejas akibat pandemik COVID-19.

"Kita akan lihat dari segi aspek pembangunan, mana yang boleh kita dahulukan mana yang kita perlu beri perhatian tetapi untuk membantu golongan usahawan, kita akan terus bantu mereka kerana mereka ini dalam fasa nak bangkit semula selepas pandemik," kata Noh Omar dalam sidang media selepas merasmikan Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Negeri Selangor.

Penyataan beliau bagi merujuk seruan Kementerian Kewangan agar semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun persekutuan dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) melaksanakan langkah penjimatan dalaman bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat.


(Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar)

Media Baharu