(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 27 April- Orang ramai dinasihat mengurangkan pengambilan minuman manis dan berkafein sebaliknya menggandakan pengambilan air kosong berikutan cuaca panas yang agak tinggi sejak kebelakangan ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata ia bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan terutama kepada golongan berisiko.
"Bayi, kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah, ibu hamil serta yang sedang menyusukan bayi dan pesakit kronik merupakan antara golongan yang berisiko.
"Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah supaya tidak terlalu terdedah dengan panas matahari.
"Jika mahu melakukan sebarang aktiviti luar, orang ramai dinasihat melakukannya di waktu yang sesuai," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)