fb fb fb fb fb

Kuota pekerja asing sektor perkhidmatan di bawah KPDN hampir penuh

Foto Bernama

PUTRAJAYA, 24 Disember - Sebanyak 30,000 kuota permohonan penggajian tenaga kerja asing bagi sektor perkhidmatan di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini hampir mencapai had maksimum.

Sehubungan itu, permohonan kuota penggajian pekerja asing bagi sektor perkhidmatan di bawah seliaan KPDN menerusi Pusat Sehenti (One Stop Centre - OSC) Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan ditutup lebih awal, berkuat kuasa 26 Disember ini.

Namun, permohonan kuota penggajian pekerja asing bagi sektor dan subsektor lain yang dibenarkan masih dibuka sehingga 31 Disember ini.

AZRUL FAIZAL JUSOH