fb fb fb fb fb

Kumpulan minoriti menentang dasar kerajaan perlu dibendung - TPM

Dr Ahmad Zahid Hamidi

BANTING, 29 Mac- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang lantang menyerang dasar dan inisiatif kerajaan.

Jelasnya, tindakan kumpulan minoriti itu perlu diberi perhatian agar tidak mempengaruhi pemikiran majoriti rakyat, sekali gus mendatangkan kesan kepada setiap perancangan kerajaan.

"Sebaik saja PADU (Pangkalan Data Utama) dilancarkan ada 'balingan kebencian' yang kononnya maklumat peribadi akan digunakan sepenuhnya oleh pihak kerajaan terutama Kementerian Ekonomi untuk menggali maklumat-maklumat peribadi dan dikongsi dengan semua pihak.

"Dan cabaran-cabaran yang begitulah kita tahu bahawa di sana terdapat tidak kurang 22 peratus yang menentang. Apa saja yang baru dibuat oleh kerajaan, apa saja oleh kumpulan 'establishment' pasti 22 peratus sekurang-kurangnya itu tidak mengena," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Banting, Selangor malam tadi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan watikah pelantikan Lembaga Penasihat GiatMara Selangor dan sumbangan duit raya kepada 132 pelajar tahfiz serta anak yatim dalam kariah Masjid As-Solihin di sini.

SITI AISHAH MD ISA