fb fb fb fb fb

Krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera - Agong

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa billah Shah bertitah agar krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera terutama dalam keadaan dunia yang menghadapi pelbagai kemelut dan kejutan ketika ini.

Seri Paduka turut menitahkan agar satu pelan jangka panjang dirangka bagi mengukuhkan sekuriti makanan dan menjamin kos sara hidup untuk berada pada tahap yang bersesuaian.

"Beta berharap agar kerajaan beta dan pemimpin di setiap lapisan untuk menangani masalah kelangsungan hidup yang membelenggu segelintir rakyat beta, termasuklah kos sara hidup yang tinggi di samping peningkatan harga komoditi industri dan makanan.

"Krisis sekuriti makanan juga perlu ditangani dengan segera terutama dalam keadaan dunia yang menghadapi pelbagai kemelyt dan kejutan ketika ini. Nasihat beta, usahlah wujud bibit pertikaian apabila setiap kali negara berhadapan dengan masalah sekuriti makanan dan peningkatan kos sara hidup,"titah baginda, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi di Istana Negara. 

Al-Sultan Abdullah juga menasihati rakyat agar memainkan peranan dengan menanam sikap berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah serta tidak melakukan pembaziran.

Baca juga berita ini
*Defisit keyakinan terhadap keupayaan negara perlu ditangani - Agong
*Agong kurnia Tun kepada Mohamed Hashim
*YDPA dan Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran

 

Media Baharu