fb fb fb fb fb

Seorang maut, seorang lagi parah motosikal langgar MPV

FOTO IPD Pontian

PONTIAN, 21 September- Seorang pembonceng motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 66.4 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat, Pontian, Johor, pukul 9:30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, penunggang motosikal berkenaan, remaja lelaki berumur 17 tahun dilaporkan cedera parah, dan sedang dirawat di Hospital Pontian.

Siasatan awal mendapati pemandu MPV terlibat yang datang dari arah Benut menghala ke Pontian, telah membelok ke kanan untuk memasuki lorong.

Kemudian motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan, telah melanggar pintu kiri MPV tersebut, mengakibatkan kedua-dua mereka tercampak.

Mangsa berumur 18 tahun, cedera parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu MPV terlibat pula, tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE