fb fb fb fb fb

KPWKM bantu wanita hilang pekerjaan, jana pendapatan melalui perniagaan

(FOTO FB RINA MOHD HARUN)

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa membantu wanita berdepan cabaran terutamanya yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata Program Wanita Bangkit Berniaga yang dilancarkan yang diperkenalkan pada September tahun lalu kini telah berjaya membantu 17,586 orang wanita.

Program itu dibuat bagi membantu wanita menjana pendapatan bagi mengukuhkan sistem sokongan ekonomi menerusi perniagaan.

Menurut Rina, walaupun geran yang diberikan sebagai permulaan perniagaan hanya RM500, namun ramai yang membuat permohonan terdiri wanita di bandar dan luar bandar terutama yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

 
(Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun melancarkan
Akademi Usahawan Wanita (AWE)/ Foto FB Rina Mohd Harun) 

"Jadi bila mereka dah berjaya, kita ada TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), kita bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Kementerian Luar Bandar dan sebagainya untuk membantu wanita-wanita ini, jadi ramai yang datang kepada kementerian untuk mereka mula, nak mula ini kadang-kadang (bukan senang) kerana ada dalam kalangan mereka terkesan dengan COVID-19, hilang pekerjaan dan tidak tahu nak buat apa untuk bangun, kita menyokong mereka dan membantu dari segi program wanita bangkit," kata beliau pada sidang media selepas melancarkan Akademi Usahawan Wanita (AWE) iaitu program yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah Inisiatif Pembangunan dan Kemakmuran Wanita Global, di sini.

Seramai 70 usahawan wanita menyertai program yang mendapat kerjasama Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (WENA) didedahkan dengan program pembelajaran dalam talian, latihan kemahiran, bimbingan dan sokongan mentor.

Turut hadir Ketua Misi Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill dan Presiden WENA, Nuraizah Shamsul Baharin.

Media Baharu