fb fb fb fb fb

KPN siasat pihak dedah keberadaan kanak-kanak GISBH

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain / Foto RTM

PUTRAJAYA, 23 Oktober - Polis akan menjalankan siasatan berhubung pendedahan ada pihak cuba mendapatkan maklumat keberadaan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISBH.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan kerana terdapat beberapa rumah perlindungan yang menempatkan kanak-kanak berkenaan.

"Nanti kita siasat, pasal ada rumah perlindungan di Negeri Sembilan...Selangor," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan terdapat pihak cuba mendapatkan maklumat tentang rumah perlindungan kanak-kanak berkenaan.

Tanpa memperincikan pendedahan itu, beliau menegaskan, semua kanak-kanak terbabit dalam jagaan yang selamat di rumah perlindungan dengan kawalan keselamatan yang tinggi.

Setakat ini, seramai 560 kanak-kanak ditempatkan di pusat perlindungan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Trainee2