KPM muktamadkan garis panduan literasi AI

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 11 November – Kementerian Pendidikan (KPM) memuktamadkan garis panduan literasi kecerdasan buatan (AI) yang menetapkan peranan sekolah, guru, murid dan ibu bapa bagi memastikan teknologi itu digunakan secara beretika serta tidak disalahguna.

RINGKASAN BERITA AI
  • Garis panduan diterapkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2026, merangkumi empat domain utama literasi AI.
  • Empat domain: tadbir urus AI, pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran sepanjang hayat serta etika AI memastikan penggunaan teknologi berkesan.
  • Perkembangan pantas teknologi cabaran; pihak sekolah, guru, murid dan ibu bapa perlu bersama dalam advokasi keselamatan siber serta penggunaan bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pelaksanaan garis panduan itu diperincikan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 2 Tahun 2026 yang merangkumi empat domain utama, iaitu tadbir urus AI, pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran sepanjang hayat serta etika AI.

“Kesemua empat domain ini penting bagi memastikan teknologi AI digunakan sebaik mungkin untuk membantu anak-anak kita dalam pembelajaran dan tidak disalahgunakan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Padang Terap berhubung pelan advokasi keselamatan siber susulan kes penyalahgunaan teknologi AI untuk menghasilkan imej mengaibkan yang membabitkan murid dan guru.

Menurutnya, perkembangan teknologi yang pesat sememangnya menjadi cabaran. Justeru, semua pihak termasuk ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.