fb fb fb fb fb

KPM akan bentang laporan RMT pada 1 Mac 2025

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

PUTRAJAYA, 19 Disember - Kementerian Pendidikan (KPM) akan membentangkan laporan berhubung Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada 1 Mac depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, laporan itu akan dibentangkan oleh Pasukan Petugas Khas yang memuatkan kadar kos menu RMT di seluruh negara serta isu-isu berkaitan.

"Pada 1 Mac tahun depan, kita akan membentangkan laporan berkaitan RMT. Ia merangkumi isu kos, pelaksanaan, sama ada mereka yang terlibat benar-benar terkesan, serta sejauh mana ia memenuhi keperluan dan memberi khasiat kepada mereka," katanya hari ini ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia di sini hari ini.

RMT diperkenalkan sejak 1979 bertujuan memupuk budaya pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah, selain berfungsi sebagai program intervensi kemiskinan untuk membantu golongan B40 memperoleh khasiat mencukupi.

GRACE AISYAH KEDAYAN