fb fb fb fb fb

KPKT rangka garis panduan pengurusan tandas awam BMW

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 17 Oktober- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka satu garis panduan pengurusan tandas awam yang berkonsepkan tandas bersih, menawan dan wangi (BMW).

Menurut menterinya, Nga Kor Ming, garis panduan itu dijangka akan diterbitkan dalam masa terdekat sebagai panduan kepada Pibak Berkuasa Tempatan (PBT), kementerian, agensi kerajaan serta pihak swasta dalam pengurusan serta meningkatkan tahap kebersihan tandas awam di negara ini.

"Sukacita dimaklumkan Belanjawan 2024 baru-baru ini, buat pertama kali ada peruntukan khas RM150 juta untuk tandas awam BMW, ini menunjukkan betapa pentingnya kebersihan awam, antara yang memberikan 'first impression' apabila pelancong sampai ke negara kita adalah kebersihan tandas awam,"katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Kesihatan Persekitaran sedunia KPKT tahun 2023 di Putrajaya.

Sementara itu, Nga turut memaklumkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memberikan kelulusan tidak melebihi tiga hari terhadap permohonan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) bagi mencapai sasaran 10,000 (EVCB) menjelang 2025.

Beliau berkata bagaimanapun, permohonan itu mestilah menepati syarat yang telah ditetapkan.


(Nga Kor Ming pada Majlis Perasmian Sambutan Kesihatan
Persekitaran sedunia KPKT tahun 2023 di Putrajaya)

Media Baharu