fb fb fb fb fb

KPKT pastikan flat lama diselenggara sejajar agenda perkukuh Malaysia berdaya huni

JOHOR BAHRU, 5 Mac- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited memastikan persekitaran dan keadaan rumah pangsa atau flat lama tidak akan dipinggirkan sejajar dengan agenda memperkukuh Malaysia berdaya huni.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, menerusi Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) dan Projek Penyelenggaraan Perumahan (PPP), usaha melestarikan kawasan flat tetap diteruskan dengan peruntukan baharu, sekiranya dana sedia ada tidak mencukupi.

" Bagi saya RM77 juta tidak mencukupi, saya rasa memerlukan lebih kerana di seluruh negara ada 3,519 Program Perumahan Rakyat (PPR) yang mcm ni, yang kebanyakan mereka tidak ada badan pengurusan bersama (JMB).

"Jumlah unitnya mencecah setengah juta, iaitu 500 ribu kebanyakannya di Johor dan Selangor," katanya semasa meninjau Rumah Pangsa Larkin, di sini.

Jelasnya, kelulusan lebih RM77 juta yang disalurkan itu membabitkan keseluruhan 338 projek di seluruh negara bagi 2022.

(Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited memastikan persekitaran dan keadaan flat atau pangsapuri lama tidak akan dipinggirkan) 


Katanya, ia akan menjadi testimoni kepada perbendaharaan betapa perlunya peruntukan yg lebih disalurkan bagi menjadikan agenda di bawah MyBeautiful Keluarga Malaysia benar- benar berhasil melestarikan kehidupan rakyat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata, KPKT kini dalam fasa terakhir bersama Jabatan Peguam Negara untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Arkitek Landskap.

Menteri berkenaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata rang undang-undang itu akan dikemukakan sebagai satu kerangka untuk memajukan lagi profesionalisme arkitek landskap di negara ini.

“Perkara ini penting bagi membolehkan kerjaya sebagai profesion arkitek landskap dibangunkan dengan lebih sistematik sepertimana profesion yang lain.

“Ini kerana membangunkan landskap ini perlu ada ilmu, perlu ada jiwa, perlu ada pengalaman yang dibina dalam tempoh masa tertentu bagi menjadikannya lebih indah, bermakna dan menambat hati yang melihatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan Hari Landskap Negara 2022 (HLN2020) di Taman Bandar Ekoflora, Johor Bahru, di sini pada Sabt

 Selain itu, Reezal Merican berkata KPKT juga sedang melihat beberapa model pembangunan industri landskap dan bunga-bungaan untuk mengembangkan sektor itu sebagai sebuah industri bernilai tinggi.

Katanya ia termasuk bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi dan kementerian seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kerja Raya. 

“Melihat kepada evolusi 25 tahun pembangunan landskap di negara ini, sudah tiba masanya untuk melihat landskap dan bunga-bungaan ini dalam kerangka industri baharu yang menjadi bidang pertumbuhan baharu kepada negara.

“Ini sememangnya industri yang belum diterokai yang berupaya mencipta pelbagai peluang perniagaan, pekerjaan dan juga kajian-kajian akademik,” katanya.

Menurut Reezal Merican berdasarkan permintaan pasaran dunia yang tinggi dengan kadar peningkatan tahunan sebanyak enam peratus, potensi perkembangan industri landskap dijangka dapat menjana ekonomi kepada negara sehingga RM509 juta setahun.

Malah katanya Malaysia juga mempunyai potensi nilai tinggi sebagai pengeluar biji benih bunga khusus untuk negara iklim tropika ke pasaran dunia.







Media Baharu