fb fb fb fb fb

KPK, KPKM rangka strategi tingkat keterjaminan makanan negara

(Foto BERNAMA)

KUCHING, 9 April- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang merangka beberapa strategi dalam meningkatkan tahap keterjaminan makanan di negara ini.

Ia bukan sahaja melibatkan syarikat-syarikat besar, malah mengambil kira keperluan golongan petani serta peladang di peringkat akar umbi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara tersebut akan dibentangkan di peringkat Kabinet dalam masa terdekat.

"Antara fokus utama adalah mengenal pasti jenis dan kualiti benih-benih tanaman serta baka haiwan ternakan, selain mendapatkan maklum balas daripada semua pemain industri.

"Usaha ini juga akan melibatkan kerjasama semua kementerian yang berkaitan agar Malaysia mempunyai bekalan makanan yang mencukupi tanpa bergantung kepada hasil import," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu