fb fb fb fb fb

Kedai langsir terbakar, seorang wanita cedera

(Foto Bomba Sarawak)

LIMBANG, 9 April- Seorang wanita yang juga pemilik kedai kain langsir di sini melecur di bahu, siku dan bahagian kaki selepas kedai miliknya di Jalan Buangsiol terbakar, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 7 Limbang, Ramlan Marajan berkata sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 pagi.

"Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebuah rumah kedai dua tingkat jenis kekal terbakar di tingkat satu.

"Kebakaran membabitkan tempat penyimpanan kain.

"Hampir 40 peratus kedai berkenaan terbakar.

"Mangsa yang juga pemilik kedai, King Choon Moi, 49 tahun menerima rawatan awal di lokasi oleh anggota bomba manakala seorang pekerja lelaki yang berusia 18 tahun terselamat.

"Punca serta jumlah kerugian, masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan.


(Foto Bomba Sarawak)

Media Baharu