fb fb fb fb fb

Bumbung rumah tercabut, satu PPS dibuka di Sepang

SEPANG, 9 April - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Meranti, Putra Perdana, Dengkil di sini, bagi menempatkan mangsa kejadian ribut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, PPS itu dibuka pada 10 malam tadi bagi menempatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga.

"Kesemua mangsa ditempatkan ditempatkan di PPS itu selepas bumbung rumah mereka di Pangsapuri Angsaan, Bukit Puchong 2 tercabut diterbangkan angin akibat kejadian ribut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan jumlah rumah yang rosak akibat insiden tersebut.

Semalam, lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Pangsapuri Angsana Bukit Puchong 2, terjejas akibat ribut.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan.

(Pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Meranti, Putra Perdana, Dengkil/FOTO PDRM Sepang)

Media Baharu