fb fb fb fb fb

Gagal kemuka DSL, bot tunda ditahan

(Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

MIRI, 9 April- Sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri kerana gagal mengemukakan Lesen Penghantaran Domestik (DSL) selain tidak melaporkan kepada pegawai pelabuhan berkenaan pertukaran nakhoda.

Menurut pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafiee Paing, bot itu ditahan ketika dalam pelayaran ke Kuala Baram pada jarak kira-kira 3.3 batu nautika barat laut Kuala Baram pada pukul 11.00 pagi, semalam.

"Bot terbabit dikendalikan lapan orang warga asing dan seorang warga tempatan yang berumur lingkungan 27 hingga 70 tahun.

"Kesemuanya memiliki pengenalan diri semasa pemeriksaan dilakukan.

"Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya menerusi kenyataan.


(Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

Media Baharu