fb fb fb fb fb

KPDN tempat pegawai dan anggota di pintu masuk utama sempadan di Kelantan

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail

BACHOK, 8 Februari - Seramai 30 pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di tempatkan secara statik di tiga pintu masuk utama sempadan negara, di negeri itu.

Pintu masuk terlibat ialah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang Pasir Mas, ICQS Bukit Bunga Jeli dan ICQS Pengkalan Kubor Tumpat.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Azman Ismail, kesemua mereka telah memulakan tugasan sejak awal bulan ini untuk membuat pemantauan isu melibatkan penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi di negara ini.
 
Setakat ini tiada sebarang aduan penyelewengan di terima.
 
"Di Rantau Panjang ada dua syif sebab pintu buka pukul 7.00 pagi hingga 10.00 mlm, tetapi di Pengkalan Kubor 7.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja, sama juga di Bukir Bunga. Keberadaan kita di situ menyebabkan pengeluaran barang-barang bersubsidi di Malaysia ke negara jiran Alhamdulillah," kata Azman kepada pemberita selepas pada sesi walkabout Pematuhan Skim Harga Maksimun Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2024 di sebuah pasaraya di Jelawat, di sini.
 
Mengulas lanjut, Azman berkata penempatan pegawai dan anggota KPDN itu berterusan sehingga penubuhan Single Border Agency (SBA) dilaksanakan.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memaklumkan tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di negeri itu kerana bekalan yang ada mencukupi.

Sebanyak 17 syarikat pembungkus semula 'Repacker' telah di lantik untuk mengagihkan bekalan tersebut untuk keperluan pengguna di Kelantan yang di anggarkan melebihi 2.6 tan metrik sebulan.

Bagaimanapun Azman mengakui mungkin berlaku sedikit kelewatan akibat beberapa faktor termasuk kebanyakan peruncit tidak memiliki lesen bagi kawalan barang berjadual bagi membolehkan mereka menjual barangan berkenaan kepada pelanggan.

TETITIA YUSOFF