fb fb fb fb fb

KPDN Kedah sita kopi pracampuran tiruan

FOTO KPDN KEDAH

ALOR SETAR, 12 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah menyita 100,000 unit bungkusan kopi pracampuran tiruan.

Turut disita, satu gulung plastik pembungkusan yang menggunakan cap dagangan berkenaan dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM95,100.00.

Sitaan dilakukan hasil serbuan yang dilakukan oleh KPDN Kedah bersama wakil pemilik cap dagangan tersebut di sebuah kilang pemprosesan minuman dan sebuah premis stor penyimpanan di Kawasan Perusahaan Mergong 2, semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata serbuan dilakukan pada pukul 10 pagi selepas pihaknya menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagangan.

"Pemeriksaan ke atas kedua-dua premis tersebut menemukan sejumlah unit kopi pracampuran yang menggunakan cap dagangan berdaftar yang disyaki palsu,"katanya.

Kes disiasat bawah Akta Cap Dagangan 2019 jika sabit kesalahan boleh di denda sehingga RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama untuk bukan pertubuhan perbadanan.

Manakala kesalahan kedua dan seterusnya denda sehingga RM20,000.00 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya;

Sementara itu bagi pertubuhan atau perbadanan, boleh di denda sehingga RM15,000.00 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM30,000.00 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

“KPDN ingin mengingatkan mana-mana orang yang cuba menjual barangan tiruan akan diambil tindakan tegas serta amat mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan daripada orang awam berhubung aktiviti penjualan barangan tiruan ini,"katanya

1203 KEDAH SITA KOPI2FOTO KPDN KEDAH

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE