fb fb fb fb fb

Konflik Iran-Israel, KPT sedia bawa pulang pelajar Malaysia

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

SEPANG, 23 April- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedia membawa pulang pelajar Malaysia di Iran, jika konflik negara itu dengan Israel semakin teruk.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata segala keputusan mengenai isu itu tertakluk kepada perbincangan dengan Wisma Putra.

"Saya telah pun memaklumkan kepada Education Malaysia (EM) di seluruh kawasan konflik itu untuk buat persiapan. Dalam masa sama, kita juga bekerjasama dengan Wisma Putra."

"Sekiranya ada keperluan berbuat demikian, sila maklumkan kepada kita," kata Zambry kepada pemberita dalam lawatan kerja di Limkokwing University, di sini.

Pejabat Pendidikan Malaysia di Iran juga sudah bersedia dengan sebarang situasi, susulan lokasinya yang berhampiran dengan kawasan berisiko itu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM