JOHOR BAHRU, 11 Februari - Kolej Komuniti perlu peka dan ambil tahu kehendak masyarakat dalam kawasan mereka.
Langkah ini sebagai usaha membantu mengembangkan kemahiran masyarakat setempat, lebih-lebih lagi dengan cabaran kos sara hidup masa kini.

(Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kolej Komuniti perlu memahami kegiatan masyarakat serta mencari cara meningkatkan kemahiran mereka.
"Ini sebenarnya peranan Kolej Komuniti, iaitu mengupayakan masyarakat supaya masyarakat boleh dapat pembelajaran sepanjang hayat, (life long learning).
"Dia juga patut boleh mengajar untuk meningkatkan kemahiran kerana pembejalaran ini fleksibel bergantung kepada kehendak masyarakat," katanya selepas merasmikan Pusat Jahitan Komuniti Tasek 64 di Bandar Seri Alam, Johor Bahru.
Pusat jahitan berkenaan merupakan usaha Yayasan Pasir Gudang membangunkan kemahiran penduduk yang boleh dijadikan asas berniaga.