fb fb fb fb fb

Klinik kesihatan sekitar Lembah Klang beroperasi di luar waktu pejabat

PUTRAJAYA, 26 Julai- Beberapa klinik kesihatan di sekitar Lembah Klang akan beroperasi di luar waktu pejabat.

Ini bagi mengurangkan kehadiran pesakit di wad kecemasan (ED) hospital terutama mereka yang tiada keperluan serius untuk menerima rawatan segera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata operasi dilanjutkan hingga 9.00 atau 10.00 malam setiap hari.

"Tidak semua yang contohnya di ED hospital, semua datang sedangkan tidak semuanya yang boleh duduk 'red zone', setengah itu kena 'clean zone', dia boleh pergi ke klinik kesihatan sahaja, tidak perlu pergi ke hospital..

"Maknanya tidak semua yang pergi ke hospital itu, perlu pergi ke hospital sehingga sesak hospital," katanya.

(Dr. Noor Azmi Ghazali)

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Konvensyen Kualiti dan Penyelidikan Pakar Diet Kementerian Kesihatan Ketiga (DQRC 2022), di sini hari ini.

Pengoperasian luar waktu pejabat itu akan diteruskan mengikut keperluan dan ia pernah dilaksanakan sebelum ini namun dihentikan ekoran pandemik COVID-19.

Media Baharu