fb fb fb fb fb

KL lancar inisiatif sifar sisa, sasaran 70% pengurangan sisa pepejal

KUALA LUMPUR, 3 Disember - Lebih 70 pusat beli-belah di ibu kota menyertai inisiatif pengurangan sisa pepejal dengan sasaran sehingga 70 peratus melalui Kempen Sifar Sisa Pusat Beli-Belah yang dilancarkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, berkata kempen ini sejajar dengan usaha memupuk kelestarian bandar, yang merupakan aspek penting dalam pembangunan negara.

“Sisa yang dihasilkan oleh Kuala Lumpur sangat tinggi, sekitar 2,000 tan sehari. Ini menunjukkan beban terhadap pengurusan sisa. Saya berharap inisiatif Mytown dapat dijadikan contoh terbaik untuk dikongsi dengan lebih banyak pusat beli-belah di ibu kota,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran di Pusat Beli-Belah Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menekankan bahawa pusat beli-belah mempunyai peranan penting mengekalkan keseimbangan ekosistem bandar dengan mengurangkan jumlah sisa.

DBKL akan bekerjasama dengan pemilik premis dan pengusaha lain di ibu kota untuk merealisasikan matlamat sifar sisa menjelang 2040.

AZRUL FAIZAL JUSOH