fb fb fb fb fb

KKR siap siaga hadapi kemungkinan banjir besar

(Foto fail)

KEPALA BATAS, 11 September- Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan infrastuktur berada dalam keadaan baik dan perhubungan jalan tidak terputus sekiranya banjir besar berlaku.

Ini termasuk memastikan terdapat laluan alternatif yang boleh dilalui pasukan penyelamat dan kecemasan untuk aktiviti menyelamat mangsa.

Perancangan itu susulan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan banjir besar akan melanda beberapa negeri Semenanjung menjelang November ini.

(Fadillah Yusof/BERNAMA)

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya juga akan mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BIGBen) di peringkat daerah, negeri dan pusat untuk memantau dan mengkoordinasi bentuk bantuan yang akan diberikan.

"Dan disitu nanti kita akan pantau apakah bentuk bantuan yang kita boleh beri, disamping jalan-jalan yang terkesan banjir diberi maklum balas atau makluman terkini kepada pengguna jalan raya.

"Di samping itu juga akan menyediakan kenderaan dan apa sahaja bantuan yang diperlukan pasukan penyelamat," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan projek pembinaan jalan dua lorong kepada empat lorong dari Permatang Pak Elong hingga ke Jambatan Merdeka, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKR, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Mohamad Zulkefly Sulaiman.

Media Baharu